Assalamualaikum.
BICARAHATI & PENGHAYATAN SEMPENA AWAL MUHARRAM
"Allahumma Ya Mubdi' Ya Barr
Engkaulah yg mmulakan sesuatu dengan sebaik2nya.
Ya Baari' Ya Mubdi
Izinkan kami utk memulakan awal thn baru hijrah ini dgn permulaan yg baik disisiMu.
Ya Fattah Ya Waasi' Ya Basith
Bukakanlah jalan dengan selapang2 & seluas2nya utk kami berhijrah kearah mentaatiMu dengan haqqul yakin
Ya Wahhab Ya Waliy Ya Mu'id
Bantulah kami utk memperbaiki amal ibadah kami & hubungan kami denganMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud
Ya Rozzaq Ya Baaqi
Rezekikan & kekalkanlah kami dalam penghijrahan yang cemerlang sepertimana hijrah Baginda Rasulullah saw.
Ya 'Adzim Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya Matin
Kurniakanlah kami jiwa yg berani & kental utk mengharungi ujian2 dlm penghijrahan kehidupan ini.
Pasakkan ke dalam hati kami keBeranian & keKuatan membela agamaMu seperti yang telah Engkau kurniakan kepada Saiyidina Ali ketika menggantikan tempat tidur Baginda Rasulullah saw.
Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad
Anugerahkanlah kami hati utk bergantung sepenuhnya hanya kepadaMu yg Maha Esa & Maha Tunggal sebagaimana kuatnya kebegantungan Rasulullah saw & Saiyidina Abu Bakar sepanjang perjalanan hijrah.
Ya Nuur Ya Hadi Ya Haq
pancarkanlah cahaya petunjuk kebenaranMu ke dalam hati kami.
Bangkitkan semangat kami Ya Ba'ith & kurniakan kekuatan Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya Matin utk kami meneruskan perjuangan Rasulullah saw meyampaikan kebenaranMu Ya Allah.
hanya kepadaMu kami berserah Ya Baari' Ya Wakil
kami tiada daya, kami yakin dengan kekuasaanMu Kun Fayyakun
Ya Sami' Ya Mujib
AAMIIN YA ROBBAL'ALAMIN"
https://t.me/notaAsmaulHusna
klik ..klik....klik...
Thursday, September 21, 2017
salam Maal Hijrah 1439H
Posted by mummy darwishes at 12:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment