cerita tentang waterbirth PART 1 ada KAT SINI .
yang ni sambunganye ye,
sampai sahaja dirumah ,saya tawaf dari depan rumah hingga dapur,minum air masak sambil berzikir.
dalam 5 minit kemudian tiada lagi rasa contraction.
setelah selesai menguruskan anak-anak saya cuba untuk melelapkan mata yang akhirnya terlena sampai pagi.
2/3/15
Tiada apa-apa sakit cuma ada "tanda". tapi saya tak hiraukan kerana cikgu saya dah pesan "No Surges no baby"
saya lebih banyak menghabiskan masa duduk di atas gymball sambil menyiapkan keje2 di komputer.
bibik dah siap mengemas dan membersihkan rumah.
pada hari itu tiba-tiba ada gangguan bekalan air tanpa notis.
suami saya dengan pantas menadah air dalam tong air. kononnya untuk bekalan air minum nanti.
pada malam tu sekitar jam 11 malam,lori sampai untuk membawa Chocoletto ke Kuantan.
saya yang pada awalnya sudah terlena kembali tersedar apabila merasakan contraction yang agak kuat.
12 malam 3/3/15
Saya melayan surges yang datang makin kerap.
petang semalam saya telah ke rumah sahabat GB saya kak Sofia Azyze untuk mengambil essential oil yang telah saya order.
hasil gabungan beberapa EO dan olive oil,saya menyapu ke perut minyak tersebut sambil berselawat. selain dari itu saya banyakkan minum air zamzam. stok kurma memang ada di rumah dan saya sempat makan beberapa biji untuk menambah tenaga.
suami saya masih sempat offer saya makan tat nenas Anis Cmc. Dia memang tahu saya hantu tart tu.
gigih juga la encik suami memasak air dalam periuk besar dan transfer ke dalam pool. kalau nak guna air coway memang gerenti tak cukup.
air masih lagi takde pada saat itu. maka en suami terpaksa menggunakan air yang disimpan dalam tong air.
3.00 pagi
air di dalam pool sudah penuh berisi dengan air suam.
sensasi rasa sakit yang makin kuat membuatkan saya tak sabar untuk masuk berendam di dalam pool.
bila saya masukkan kaki kanan dengan bantuan suami ke dalam pool saya rasa teramat lega. Masuk lagi sebelah kaki dan terus berendam, rasa sakit yang dirasakan tadi hilang seketika.
(ada yg tanya saya pakai baju apa masuk dlm pool? Mak pakai baju kelawar jeeee..hahaha)
tetapi selang beberapa minit rasa sakit mulai datang. bila terasa sakit je,saya mulai menggenggam tangan suami sekuatnya. alunan zikir dan nama Allah sahaja yang mampu ditutur.
apabila lega seketika kami kembali menonton Madagascar. Alhamdulillah Allah Ya Barii Maha mengatur. Diaturkan masa rehat berselang seli dengan rasa sakit. (bukannya sakit berpanjangan setiap masa) Allahu ya Hamid Ya Syakur.
3.30 pagi
Ada satu ketika di mana saya menangis tanpa sebab. menangis tersedu sedan dan air mata tak berhenti turun. Di saat itu saya tau bahawa inilah transition period. Masanya dah nak tiba.
(transition period: yg ni ada dalam pelbagai bentuk. ada ibu yg akan tetiba menangis macam saya. ada juga yang tetiba rasa nak ketawa mengekek-ngekek tanpa sebab)
Rasa sakit makin kuat dan kerap. genggaman tangan saya pada suami makin kuat. dan saya mencari posisi yang selesa. posisi yang paling selesa masa tu adalah dengan berlutut dan berpaut pada dinding pool. (saya memang mohon dan minta pada Allahu Ya Barr untuk bantu saya bersalin dalam keadaan berlutut)
3.30 pg 3/3/15
Tiada lagi tangisan,
Tiada lagi air mata,
Yang ada hanya rasa sakit yang sukar digambarkan.
Saya pasti di saat itu saya telah mengeluarkan suara yang saya sendiri tak ingat bagaimana bunyinya.
Ritma pernafasan semakin tidak sekata.
Saya semakin lupa bagaimana cara bernafas yang betul.
En suami yang mengingatkan kembali untuk saya keep on breathing.
Breath the baby out dan tidak meneran.
Memang kalau ikutkan keadaan waktu tu,saya dah nak meneran. sebab rasa sakit tu menggesa kita untuk meneran.
3.55 pagi
Merasakan sesuatu yang diistilahkan "Ring of fire".
Sukar untuk digambarkan bagaimana rasanya. Tetapi saat ini adalah paling genting. rasa macam terbakar bercampur perit bercampur panas pada bahagian tutttt...
Air yang suam membuatkan peluh memercik dan terasa bahang berada di dalam air.
Tiba-tiba ada satu bunyi "pop" (sayup tapi jelas kedengaran)
ye, ketuban telah pecah.
Saya raba kepala baby sudah keluar tetapi bahagian bahu belum keluar dan masih tersangkut.
Saya masih lagi terus bernafas. cuma kali ni nafas yang pendek-pendek.
Dan kemudian selang beberapa saat zasss keluar baby sepenuhnya.
4.00 pagi
"Abang, mana baby? Baby dah keluar. " tanya saya kepada suami kerana saya tak nampak di mana baby.
kedudukan suami saya waktu tu, dia kat depan saya (luar kolam) jadi dia tak nampak apa yang jadi dalam kolam.
Suami saya terpinga-pinga. Dia sebenarnya lebih kepada terkejut. "Eh, baby dah keluar ke?"
Buat beberapa saat kami mencari baby. Dan tiba-tiba baby muncul, terapung ke atas.
Saat yang membahagiakan. Saya mencapai baby dan memeluknya dengan iringan air mata kesyukuran. Tiada yang mampu kami lafazkan hanya "Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah". Allah permudahkan kelahiran anak syurga ini.
Kelahiran baby ini adalah suatu yang unik bagi kami sekeluarga kerana kami berdua melaluinya tanpa sebarang pengaruh medikal. (tiada Vaginal examination, tiada ctg,tiada pengaruh ubatan dan bius dan lain-lain). seluruh badan bayi diliputi dengan vernix (suatu salutan lemak putih) yang banyak dan vernix ini sangat bagus untuk kulit baby.
Alhamdulillah tercapai impian kami untuk gentle birth.
dan syukur pada Allah kami berjaya membuat delay clot clamping walaupun pada awalnya kami merancang untuk membuat lotus birth. Allah Ya A'lim Ya Bariiv Dia maha Tahu yang terbaik buat kami.
Saya dan suami merasakan kelainan pada kelahiran ini kerana baby kami sangat tenang. Tidak menangis ketika dan selepas dilahirkan.
Dan saya sendiri merasakan perbezaanya dengan kelahiran sebelum ini (induce) di mana anak ketiga kami (induce) dan kelahiran kembar (cser), saya mengalami malam pertama setelah kelahiran yang meletihkan. kerana bayi-bayi yang dipengaruhi ubat-ubatan agak banyak ragamnya. (mungkin pada anak saya sahaja, tapi bila saya tanya kawan-kawan saya yg lain memang dorang pun majoriti akan rasa yg sama, baby meragam)
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada birth partner saya Jaafar Chocoletto dan guru Gentle Birth saya Hanz Jamaludin serta classmate Gentle Birth saya Ribena Berry yang sangat banyak membantu. Allahu Ya Nafi' Ya A'lim Ya Rashid memberikan Ilmu yang sangat bermanfaat yang dikongsikan melalui mereka adalah yang paling mahal. Terima kasih atas segalanya.
Akhir sekali, saya mohon maaf andai ada terkasar bahasa,terlampau bicara sepanjang penulisan dan perkongsian ini.
Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga ianya bermanfaat.
Buat ibu-ibu ketahuilah bahawa tubuh badan kita telah Allah ciptakan dengan sungguh unik. Buat ayah-ayah berilah sokongan dan dorongan buat isteri anda sepanjang proses kelahiran.
Masa ni mummy and baby masih lagi attached sebab uri still kat dalam belom keluar lagi.
(mummy tak pandai nak push uri sebab takde rasa contraction)
pool yang tempat si kecil ini dilahirkan. (nnt dh besar orag tanya "ko lahir kat mana"
dia boleh cakap " aku lahir dalam swimming pool dalam rumah"
masa umur 10 bulan kalau tak silap.
(abaikan hidung bercalar luka)
pada yang tanya berapa kos bersalin waterbirth kat rumah atau kat malaysia ni?
kos nya hanya RM 100 lebih je untuk swimming pool.
tu je...ramai ingatkan kos mahal, tapi sebenarnya tak pun.
dan bila kita ada guru yang ajar kita macam mana nak bersalin dalam air atau waterbirth, guru kita tu akan guide kita sebelum, semasa bersalin.
so masa tengah sakit tu boleh text guru kita. macam saya text dengan Hanz. bagitahu apa yg sedang terjadi. suami saya yang text. saya dah ke laut dah time tu...hahahaha
so kalau nak home waterbirth boleh je buat sendiri kat rumah. kat malaysia ni memang tak berapa meluas, kalau kat negara barat memang banyak je yang buat.
tetiba rasa nak buka pusat bersain dalam air la...hahaha... Allahu Barii.
sya tak share la gambar masa tengah sakit tu. sebab macam tak senonoh. yela kat dalam rumah sendiri kan, takkan nak bertduung bagai.
pakai baju kelawar pulak tu.
dan bila orang tanya sakit tak bersalin dalam air.
setelah saya compare dengan 3 jenis bersalin yang saya dah rasai. bersalin dalam air atau waterbirth ni sangat la kurang rasa sakitnya. dan rasa sakit yang sara rasa singat sangat. dalam setengah jam je saya rasa sakit yang kuat.
inshaaAllah ada rezeki Allahu ya Razzaq teringin juga nak repeat bersalin dalam air lagi..hahahaha....hadoiiii mak dah ada 4 orang ada hati nak tambah lagi.